Ada ke? Ya ada. Tapi kalau anda tahu ianya akan memberikan anda lebih banyak keuntungan (dan makin tinggi refund)… anda patut teruskan.
Tanya mana-mana penulis iklan, terdapat beberapa kualiti setiap jaminan yang hebat ada. Ianya adil, pemurah, jangka masa panjang dan tidak ada terma dan syarat.
Jika salah satu elemen ini tiada jualan akan kurang. Tapi ada juga orang yang dengan sengaja tidak meletakkan elemen-elemen di atas. Sebagai contoh majalah Entrepreneurs.
Majalah tersebut menjual beberapa panduan bagaimana untuk menubuhkan dan menjayakan perniagaan. Untuk panduan tersebut, mereka menawarkan jaminan dua kali ganda wang balik.
Salah satu syaratnya ialah pembeli mesti membuktikan bahawa dia telah melakukan segala yang diajar dalam panduan tersebut sebelum dapat menuntut wang mereka kembali. Dia kena sertakan bukti-bukti sebelum mendapat duit mereka kembali.
Rasanya jualan untuk untuknya menurun kerana tidak mempunyai elemen yang mencukupi?
Atau kerana jaminan ini terlalu menyusahkan dan ianya tidak akan meningkatkan jualan?
Jawapannya mudah, 30% peningkatan. (Saya tak ingat sangat bahagian ni, siapa ada data sila beritahu, TQ.)
Kalau anda tidak sanggup membuat tawaran jaminan dua kali ganda wang kembali, anda boleh menggunakan elemen-elemen di atas.
Hampir pasti jualan akan naik. Kalau anda pernah memulangkan duit, anda boleh meminta mereka memberikan testimonial kepada anda. Ini menunjukkan anda seorang yang ikhlas melakukan perniagaan.
Ini adalah post pertama dalam 7 Rahsia Perniagaan.
Kategori: Pemasaran















setuju. Memang kadang-kadang boleh boast sales bila kita letak jaminan. Tapi soal jaminan tu takkan timbul kalau produk tu memang bagus.
So far, aku lebih suka letak tak ada jaminan. Memang sales tak meningkat. Tetapi, ianya cukup untuk aku dapat sales yang maintain setiap bulan sepanjang tahun. Kalau just income meningkat pada bulan pertama sampai bulan ke 3..tapi income bulan lain sikit, sikit dan akhirnya zero sehingga terpaksa ditutup..bagi aku, produk tu takkan ke mana-mana melainkan ada pembaharuan yg ketara..
so far, ramai orang kita masih tak faham bab-bab jaminan dan refund nih..