rss

Tak payah membazir beriklan. Bagi je kat pelanggan.

4
Oleh: Abdul Rahman

Teknik ni best kalau anda nak pelanggan anda terus membeli daripada anda.

Teknik ni digunakan oleh online stock trading system untuk menarik orang.

Juga digunakan syarikat menjual buku kepada organisasi-organisasi besar.

Dan saya pasti anda boleh gunakan.

Soalan pertama: berapa yang anda sanggup bayar untuk dapatkan seorang pelanggan?

RM20, 30 atau 300?

Kalau itu kos yang anda sanggup tanggung untuk mendapat pelanggan baru saya nak cadangkan sesuatu: letakkan duit tersebut dalam akaun prospek anda.

Cakap je kat diorang bahawa mereka ada RM20 menanti mereka dalam akaun mereka menanti untuk mereka gunakan.

Marketiva, syarikat broker FOREX menggunakan teknik ini untuk mendapatkan pelanggan baru. Setiap kali orang mendaftar dengan mereka, mereka akan memberi orang tersebut $5 dalam akaun mereka dan boleh terus melabur dalam pertukaran wang asing (Forex).

Tapi ada satu syarat: kalau nak keluarkan duit, kena deposit jumlah tertentu ke dalam akaun mereka.

Lagi contoh dalam fikiran saya ialah syarikat seperti MPH. Saya tak tahu mereka buat ke tak, tapi seperti anda tahu, syarikat besar-besar ada perpustakaan mereka sendiri. MPH boleh hantar kepada librarian di perpustakaan syarikat-syarikat besar ini sepucuk surat yang mengatakan ada RM300 menanti mereka untuk digunakan dalam membeli buku-buku baru.

Saya pasti ianya berkesan menarik mereka untuk mencuba dan akhirnya… menjadi pelanggan tetap.

Anda mungkin hairan kenapa buat macam ni?

Sebenarnya Jay Abraham, salah seorang guru pemasaran menyedari bahawa lagi susah untuk mendapatkan pelanggan baru berbanding menjual kepada pelanggan lama.

Jadi menggunakan teknik ini, dia memberikan setiap jurujual syarikat tertentu 100% komisyen pada jualan pertama dan hanya 10% jika mereka terus menggunakan servis syarikat tersebut.

Nampak rugi tapi ianya berjaya memotivasikan jurujual syarikat tersebut dan meningkatkan jumlah pelanggan baru dan sekaligus menjadikan syarikat itu lebih untung.

Ini adalah post kedua dalam 7 Rahsia Perniagaan.
Lepas anda buat semua ni, saya nasihatkan anda untuk memberikan servis terbaik kepada pelanggan baru anda supaya mereka terus membeli daripada anda.

- Abdul Rahman

Kategori: Pemasaran

Comments (4)

Sepnjang pengalaman sy yg xbyk, xpernah plak sy jumpa stock trading yg offer teknik ni, yg ada hanyalh forex trading…jika boleh, tlg share stock trading system apa kt Malaysia atau dunia yg ada guna pakai teknik ni,sy sgt ingin tahu…terima kasih

dulu ada. tak silap saya etrade. mungkin limited offer ke, atau hanya time tertentu je dia bagi kredit kalau buka akaun.

Salam.. man, camana klo depa amek duit TAPI guna buat beli benda lain & EVEN abaikan pon offer kita tu. Guna RM300 buat beli DVD story ke.. haha.. camana?

Oh, masa kita cakap “ada duit dalam akaun anda” ini bukan bermakna “saya akan bagi anda duit” tapi ianya lebih kepada “jadi pelanggan kami, anda boleh gunakan duit tersebut untuk beli produk kami.”

Dan dalam keadaan ini, kami itu ialah… engkau punya produk ;)

Clear?

Post a comment