rss

Kalau anda nak pelanggan beli, cakap mereka tak boleh beli.

1
Oleh: Abdul Rahman

Antara cara paling seronok kalau nak buat jualan ialah anda tidak perlu menjual untuk menjual.

Ya, jangan jual kalau nak jual.

Apa yang saya maksudkan ialah, anda perlu letakkan sesuatu kriteria yang boleh menyebabkan kualiti produk anda dinilai lebih tinggi daripada apa yang prospek rasa pada awalnya.

Pada awalnya sebelum membeli produk mereka akan berasa berhati-hati dan B.S (bullshit) detector mereka berada pada tahap 100%. Setiap kali anda menjanjikan sesuatu ciri-ciri yang dapat memanfaatkan mereka, B.S detector mereka akan menjadi kuning.

Mereka berjaga-jaga dengan anda.

Setiap ayat anda ditelan dengan garam kasar – tidak diambil bulat-bulat. Ingat: orang selalu ditipu dan mereka tidak mempunyai sebarang alasan untuk mempercayai anda.

Tak tahu kenapa, ada “usahabinatang” (nama lain untuk usahawan perangai setan) yang suka berjanji tapi dalam produk takde apa yang dijanjikan itu. Anda sendiri mungkin pernah tertipu ratusan bahkan ribuan ringgit disebabkan itu.

Dalam bahasa Inggeris ada satu perkataan yang saya suka iaitu scumbag. Tak tahulah apa perkataan yang patut digunakan dalam bahasa Melayu. Tapi yang penting ialah, dalam surat jualan, kenakan syarat-syarat tertentu. Tidak semestinya anda perlu susahkan pelanggan anda. Jangan buat seperti seorang copywriter/penulis iklan yang saya tak nak namakan memaksa semua orang menghantarnya hanya cek dan perlu menunggu sehingga 30 hari untuk cek tersebut clear. Lepas tu lagi 15 hari untuk penghantaran dan borang permohonan hanya boleh dihantar melalui faks.

Cara penulis iklan tu bagus kalau anda tak nak orang yang beli tu merupakan seorang yang suka meminta refund dan ianya untuk produk mahal.

Bagaimana untuk meng”setup” syarat anda

Untuk buat syarat, anda tak perlu apa-apa tools secara fizikal. Anda hanya perlukan ayat yang power sahaja.

Bagaimana?

Salah satu contoh:

Tidak semua orang boleh mendapatkan panduan ini dan ada sebabnya. Panduan ini dicipta khas untuk mereka yang mahu melunaskan hutang mereka tetapi bukan untuk mereka yang ingat ada teknik rahsia atau teknik magic yang boleh menyebabkan mereka secara automatik hilang hutang.

Apa yang akan anda dapat ialah strategi untuk menghapuskan hutang, membaiki hubungan anda dengan bank dan terbukti menolong 3,509 orang di Malaysia sahaja. Maklumat ini berdasarkan pelaksaan undang-undang baru dilancarkan oleh kerajaan dan tidak ada sesiapa pun di Malaysia yang berkata mengenainya kecuali saya.

Pilihan ada di tangan anda dan saya hanya meletakkan pelan tersebut di depan anda.

Adakah anda ingin mendapatkan pelan tersebut, ataupun terus bergelumang dengan hutang yang tak habis-habis? Pilihan anda.

Apa yang berlaku dalam ayat-ayat di atas?

Di atas hanyalah salah satu contoh yang saya tulis on the spot. Walaupun tak perfect tapi anda dapat lihat dalam perenggan pertama saya memberikan sebab kenapa pembaca tidak patut membeli panduan ini. Jika anda teruskan dengan proses jualan anda tanpa perenggan kedua, anda mungkin kehilangan sebahagian besar daripada jualan.

Kebanyakan orang di Malaysia atau di dunia secara umumnya suka akan magic bullets. Jadi kalau anda cakap ianya bukan magic bullet, mereka akan tinggalkan tawaran tersebut.

Jadi untuk mengelakkan perkara itu berlaku, saya menggunakan faktor-faktor lain seperti manfaat untuk diri mereka, ciri unik dan lain-lain untuk memastikan saya offset masalah tersebut.

Anda ada contoh yang ingin dikongsi atau ada soalan nak ditanya? Sila komen menggunakan form di bawah.

Kategori: Pemasaran

Comments (1)

salam,

bro rahman,

biasanya, ayat macam ni, di letakkan di bahagian sebelum testimonial atau selepas?

Post a comment