rss

Rahsia Komen Untuk Trafik

1
Oleh: Abdul Rahman

Saya serius. Mengomen kalau kena pada caranya dapat menarik trafik yang banyak ke laman web anda. Sebagai contoh, saya mendapat 25 pelawat daripada satu laman web sahaja dan satu-satunya perkara saya buat ialah komen, komen dan komen. Dan saya hanya komen di blog tersebut baru 3 kali.

Relevensi Dengan Topik

Apabila anda mengomen, perkara pertama yang anda perlu buat ialah memberi sesuatu yang relevan dengan topik. Jika anda kenal dengan blogger tersebut dengan rapat, kaitkan dengan perkara peribadi beliau. Jangan malukan dia! Tapi buat sesuatu yang menaikkan nama anda dan blogger tersebut.

Engage

Berinteraksilah dengan blogger tersebut dan pembaca-. Selalunya orang akan cakap betul, bestlah post ni atau semasa dengannya… dan itu bukan teknik yang betul untuk mengomen. Anda hanya membuang masa membaca post tersebut dan tidak mendapat kesan terbaik daripada sesi membuang masa anda.

Apabila anda menjawab soalan blogger tersebut dan menyampuk komen orang lain, ianya akan mewujudkan satu suasana di mana orang akan selesa dengan anda dan ingin mengetahui siapakah anda. Dan jika ianya authority blog, berkemungkinan author tersebut meminta anda untuk guest post di blognya (tapi lagi bagus kalau dah sebulan dua sibuk mengomen di blog tersebut, dan tuan blog pun kenal anda, anda offer diri anda.)

Jangan mengharap

Satu perkara tentang komen mengomen ini, anda tidak boleh mengharap bahawa trafik akan datang. Teknik ini bergantung kepada mood sama ada orang nak klik nama anda dan lawat website anda ataupun tidak. Saya sendiri jarang melihat website orang yang komen di blog ini ataupun di blog orang lain. Jika anda ingin mendapatkan trafik yang konsisten, cara ini tidak sesuai tetapi teknik SEO dan PPC untuk strategi pemasaran jangka panjang. Ada juga media buys yang akan saya terangkan dalam post-post akan datang.

Kategori: Pemasaran

Comments (1)

Salam..

Saya setuju tue apa yang dikata oleh tuan, Komen di blog merupakan salah satu promosi mudah dan tanpa mengeluarkan modal.

Tq

Post a comment