rss

Soalan Pembaca: Macam Mana Nak Buat Duit Dalam Iklan?

2
Oleh: Abdul Rahman

Beberapa hari lepas pembaca blog ini bertanya melalui contact form KelabIM, bagaimana nak buat duit dalam iklan. Sebelum saya menjawab soalan yang diberi beliau saya ingin menjelaskan beberapa konsep dalam pemasaran.

Apa itu iklan?

Apabila orang bertanya kepada anda apa itu iklan, apa jawapan yang patut anda beri kepadanya? Bagi saya iklan merupakan medium untuk memberitahu seseorang tentang sesuatu, tak kira untuk mendapatkan jualan, mendapatkan alamat emel, ataupun tentang sesuatu acara. Iklan termasuklah di surat khabar, di flyer dan juga di laman web.

Dengan kata lain, iklan ialah alat pemberitahuan kepada orang ramai tentang sesuatu. Anda tak boleh buat duit dalam iklan, kecualilah anda seorang penulis iklan. Anda buat duit dalam menulis iklan, bukan dalam iklan.

Bagaimana nak buat duit dengan iklan?

Terdapa dua cara mudah nak buat duit dengan iklan iaitu:

  • promosi produk orang lain
  • promosi produk anda sendiri

Untuk promosi produk orang lain agak mudah. Anda perlu mempunyai aset asas seperti blog atau senarai emel untuk bermula atau anda boleh membayar webmasters untuk memaparkan iklan produk yang anda promosikan melalui iklan anda di laman webnya.

Jika anda ada produk anda sendiri, ianya lebih menarik kerana kejayaan anda, kegagalan anda, semuanya bergantung kepada diri anda semata-mata. Anda perlu mempunyai produk yang ada demand, anda juga kena buat bahan promosi berkualiti tinggi supaya masalah atau keinginan mereka ada boleh ditukar kepada kemahuan untuk membeli produk anda.

Kalau anda berminat untuk belajar pasal promosi di Internet dengan jayanya, saya rekomen anda membaca Laporan Lengkap Muaz Abdul Hadi yang saya tulis kerana ianya mengandungi pelbagai tip dan contoh bahan promosi berjaya yang anda boleh tengok dan “curi” untuk manfaat anda. Salah satu contoh ialah macam mana nak buat ujian asid ke atas produk anda supaya anda tidak membuang masa mempromosi produk yang tidak ada demand.

(Kalau anda tak nak beli pun, pastikan anda dapatkan laporan percuma yang saya tawarkan di situ kerana anda boleh baca pasal 22 patah perkataan yang boleh membantu anda menjawab soalan terhebat dalam pemasaran: adakah produk ini akan terjual?

Jika anda ada soalan anda, sila gunakan contact form yang saya sediakan di blog ini dan jika anda tidak mahu saya paparkan di blog sila beritahu saya dan saya tidak akan memaparkan soalan anda di blog saya.

Terima kasih dan jumpa lagi.

- Abdul Rahman

Kategori: Soalan Pembaca

Comments (2)

Salam..

Sebenarnya kita juga boleh membuat duit daripada iklan sebagai contoh melalui TEXT IKLAN dan Googel Adsense malah banyak lagi…

Tq

Haah. Tapi saya sebenarnya tak tahu apa yang dia maksudkan. Dia cakap dalam iklan, bukannya melalui iklan.

Post a comment