Dalam ni saya cakap pula macam mana nak promosi produk Clickbank. Maaf sebab jarang post kerana saya dalam proses memperfectkan sistem saya supaya saya boleh mengajarnya dengan lebih baik pada masa hadapan.
Ramai orang bertanya, “macam mana nak promosi produk Clickbank?” Macam mana nak buat duit dengan tu? Ramai sangatlah persaingan! Macam mana ni!
Jadi kalau anda dah cari produk Clickbank (CB), apa yang anda patut buat? Mestilah promosi produk tu kan? Macam mana? Ada banyak betul sumber trafik kat Internet dan ada juga yang boleh dipromosikan secara offline.
Salah satu perkara yang ramai orang tak tahu nak buat ialah mencari produk di Clickbank. Dalam video di bawah saya cuba menguraikan “rahsia” untuk mencari produk dengan mudah. Percuma, obviously.



