KelabIM

Pemasaran. Penulisan. Pengkodan. Kehidupan.

5 Cara Buat Duit Di Internet

| 2 Comments

Terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan dari rumah. Antaranya ialah melalui internet. Maksud saya buat duit dengan Internet.

Di Internet, anda boleh membuat duit dengan:

#1 Menjual produk

Anda boleh menjual produk anda sendiri atau menjual produk orang. Pada awalnya jika anda tidak ada sebarang modal, anda boleh menjual produk orang dahulu. Ini dikenali sebagai pemasaran affiliate. Kemudian, anda boleh membuat produk anda sendiri.

Produk itu juga boleh dalam bentuk fizikal, digital dan juga ‘event’. Dalam bentuk fizikal maksudnya anda boleh merasa, melihat dan memegang produk tu. Digital pula produk seperti e-book, audio dan apa-apa yang boleh dimuat turun dari Internet. Event pula maksud saya ialah acara seperti seminar, mini-seminar, forum dan gathering.

#2 Menjual tempat iklan di laman web anda

Jika anda mempunyai laman web sendiri, anda bolehlah menjual tempat untuk meletakkan iklan di laman web anda. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan harga tertentu untuk satu hari. Sebagai contoh, RM100 sehari untuk iklan yang bersaiz 468×60. Anda akan mendapat RM3000 untuk iklan yang diletakkan selama 30 hari berturut-turut.

#3 Menjual laman web

Anda juga boleh menjual laman web. Anda boleh pergi ke laman web seperti Flippa untuk menjual. Ada laman web dijual sehingga US$100 ribu. Tidak mustahil jika anda tahu bagaimana untuk mempromosi laman web anda.

#4 Menjual servis

Jika anda pandai menulis, anda boleh menawarkan servis menulis artikel. Atau menulis iklan. Atau membuat laman web. Atau servis fotografi. Dan macam-macam lagi.

#5 Terlibat dalam FOREX/Saham

Yep. Anda juga boleh terlibat dalam FOREX dan saham. Ia sebenarnya bukan dalam kategori buat duit dari Internet tetapi FOREX mempunyai fleksibiliti untuk anda buat dari keselesaan rumah anda dengan menggunakan Internet.

Jadi anda dapat lihat 5 cara untuk menjana duit dengan menggunakan Internet.

2 Comments

  1. dari 5 yang disenaraikan , 3 darinya sedang cuba untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan.

    Iaitu menjual produk , ruang iklan dan perkhidmatan.

  2. Saya amat setuju dengan kesemua cara buat duit diinternet cuma saya ingin sentuh sikit tentang cara ke 5 ia itu buat duit melalui forex dan saham. Memang forex dan saham mempunyai fleksibiliti untuk membuat duit bukan secara personal trading sahaja malah bermacam-macam cara anda boleh buat duit kreativiti yang kita ada seperti membuat sistem trading yang mantap untuk dijual, kursus forex melalui email dan banyak lagi asalkan kita benar-benar ada knowledge dan kebolehan di bidang ini supaya tidalah pembeli atau pengguna tidak terasa tertipu.

Tinggalkan komen