KelabIM

Laman rumah Abdul Rahman di Internet. Mengenai pemasaran, penulisan dan keusahawan.

February 21, 2012
by Abdul Rahman
0 comments

Jual Servis

Ini adalah sebahagian daripada tutorial Bagaimana Untuk Membuat Duit Melalui Perniagaan Internet.

Apa? Di mana? Persoalan-persoalan tersebut dijawab di dalam ini.

Kita lihat menjual servis.

Adakah menjual servis sukar?

Saya, sebagai contoh, menulis surat jualan.

Saya menulis iklan. Surat jualan, e-mel, artikel, dan pelbagai jenis yang memerlukan penulisan yang menarik orang membeli.

Nurul Luvleey, dari Minisitelicious membuat grafik desain yang mengancam dan orang terdiam melihat kecantikannya.

Hasbul Aqill pula menawarkan servis SEO kepada syarikat-syarikat yang ingin mendapat ranking yang tinggi di dalam enjin carian.

Tuan Zamri Mohamad pula menjadi penasihat kepada syarikat yang ingin mendedahkan perniagaan mereka kepada media massa.

Pelbagai jenis perniagaan telah dibuka.

Tetapi adakah semua cabang servis telah diterokai? Tidak.

Dan walaupun semua cabang servis telah ditawarkan di Malaysia… adakah masih lagi mungkin untuk anda menawarkan servis baharu?

Ya.

Apa yang membezakan anda dengan perniagaan di luar adalah satu: personaliti anda. Cara anda bekerja. Cara anda melaksanakan kerja anda.

Semuanya berbeza. Dan itu menyebabkan memulakan perniagaan dengan menawarkan servis adalah sesuatu yang baik.

Cara anda bekerja, cara anda buat kerja, personaliti anda tidak sama dengan orang lain dan itu yang akan membezakan anda dengan pekerja bebas yang lain

Kita lihat, dah ada CST Production yang hebat dalam membuat video perkahwinan.

Ada pula yang mengajar orang bagaimana untuk menggunakan perisian Sony Vegas sampai pandai seperti Puan Diyana Tahir dan lain-lain lagi.

Apa servis yang anda rasa anda pandai dan anda ingin tawarkan?

Untuk permulaan:

1. Jika anda pandai menulis Bahasa Inggeris, kenapa anda tidak menawarkan servis menulis artikel dalam Bahasa Inggeris kepada usahawan tempatan yang berkecimpung di Internet? Anda boleh caj RM7 setiap artikel (400 patah perkataan).

Jika anda jenis yang main mahal, anda boleh tulis 1 artikel panjang dengan caj yang tinggi iaitu RM40 satu artikel. Tapi artikel tersebut wajib berkualiti tinggi!

Jika tidak, orang akan menyebarkan berita buruk dan menyatakan anda jenis jual mahal tetapi tidak dapat memberikan kualiti sesuai dengan harga itu.

2. Jika anda mahir web programming, gunakan skil itu untuk membuat laman web orang. RM500 untuk satu laman web itu perkara biasa. Anda boleh caj lebih jika anda mahu.

Menurut tuan Haryzat Zulzahary di dalam status Facebooknya, jika kualiti kerja anda tinggi, klien anda akan dengan gembiranya memberi anda kawan mereka yang ingin mendapat sentuhan web programmer seperti anda.

Dengan kata lain – apakah kepakaran yang anda ada sekarang, yang anda boleh tawarkan kepada orang di luar sana.
Lebih banyak idea di bawah:

  • Tawarkan servis betulkan komputer secara jauh, tanpa perlu datang ke rumah?
  • Tawarkan servis memujuk teman yang sedang sedih?
  • Tawarkan servis pendengar setia kepada semua masalah yang dihadapi?
  • Tawarkan servis membuat testimoni dalam bentuk video?
  • Tawarkan servis bagaimana buat teaser untuk pelancaran produk?
  • Senaraikan apa yang anda boleh buat… dan tawarkannya.

    Di mana anda boleh jual servis anda?

    Setelah anda tahu apa servis yang anda ingin jual, apakah perkara yang perlu anda tahu?

    Di mana untuk menawarkannya.

    Di bawah ada beberapa tempat yang anda boleh pergi untuk menjual servis anda.

    1. Forum Wangcyber

    Di dalam forum ini anda boleh melihat forum jual beli untuk produk serta servis. Anda boleh lihat apa yang orang inginkan pada waktu itu dan menawarkannya jika mampu.

    2. Forum Carigold

    Di dalam forum ini juga sama seperti forum Wangcyber cuma ia lebih aktif berbanding Wangcyber kerana mempunyai lebih banyak kategori berbanding Wangcyber.

    3. Fiverr

    Anda juga boleh mencari pelanggan di sini. Di sini ialah tempat untuk orang membeli dan menawarkan servis yang berharga $5. Trik di sini ialah, jika anda tahu melakukan sesuatu dengan amat cepat, tawarkan di sini.

    Orang akan membayar anda $5 dan jika anda boleh buat kerja itu dalam 10 minit (atau outsource kepada orang dengan harga yang lebih rendah), anda boleh mendapat untung yang banyak dengan cepat.

February 8, 2012
by Abdul Rahman
3 Comments

5 Cara Buat Duit Di Internet

Terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan dari rumah. Antaranya ialah melalui internet. Maksud saya buat duit dengan Internet.

Di Internet, anda boleh membuat duit dengan:

#1 Menjual produk

Anda boleh menjual produk anda sendiri atau menjual produk orang. Pada awalnya jika anda tidak ada sebarang modal, anda boleh menjual produk orang dahulu. Ini dikenali sebagai pemasaran affiliate. Kemudian, anda boleh membuat produk anda sendiri.

Produk itu juga boleh dalam bentuk fizikal, digital dan juga ‘event’. Dalam bentuk fizikal maksudnya anda boleh merasa, melihat dan memegang produk tu. Digital pula produk seperti e-book, audio dan apa-apa yang boleh dimuat turun dari Internet. Event pula maksud saya ialah acara seperti seminar, mini-seminar, forum dan gathering.

#2 Menjual tempat iklan di laman web anda

Jika anda mempunyai laman web sendiri, anda bolehlah menjual tempat untuk meletakkan iklan di laman web anda. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan harga tertentu untuk satu hari. Sebagai contoh, RM100 sehari untuk iklan yang bersaiz 468×60. Anda akan mendapat RM3000 untuk iklan yang diletakkan selama 30 hari berturut-turut.

#3 Menjual laman web

Anda juga boleh menjual laman web. Anda boleh pergi ke laman web seperti Flippa untuk menjual. Ada laman web dijual sehingga US$100 ribu. Tidak mustahil jika anda tahu bagaimana untuk mempromosi laman web anda.

#4 Menjual servis

Jika anda pandai menulis, anda boleh menawarkan servis menulis artikel. Atau menulis iklan. Atau membuat laman web. Atau servis fotografi. Dan macam-macam lagi.

#5 Terlibat dalam FOREX/Saham

Yep. Anda juga boleh terlibat dalam FOREX dan saham. Ia sebenarnya bukan dalam kategori buat duit dari Internet tetapi FOREX mempunyai fleksibiliti untuk anda buat dari keselesaan rumah anda dengan menggunakan Internet.

Jadi anda dapat lihat 5 cara untuk menjana duit dengan menggunakan Internet.

February 5, 2012
by Abdul Rahman
2 Comments

Apa Alasan Anda?

Apa alasan yang anda gunakan untuk tidak kuat bekerja setiap hari? Ramai orang diluar sana tidak mempunyai nasib sama seperti anda. Sekurang-kurangnya anda mempunyai talian Internet dan komputer untuk mengakses laman web ini. Ada yang tidak ada kedua-dua itu. Mereka tidak tahu pun laman web ini wujud.

Jika anda ingin membina sumber pendapatan dari Internet, anda tidak patut menyerah kalah. Mungkin cubaan pertama, kedua, bahkan kesepuluh anda gagal, tetapi itu tidak bermakna anda harus mengangkat bendera putih. Ramai orang di dunia ini tidak mempunyai peluang seperti anda.

Mereka tidak tahu potensi yang Internet boleh berikan kepada mereka.

Mereka tidak tahu apa yang mereka boleh lakukan setiap hari untuk mengubah hidup mereka.

Kadang kala, kerajaan mereka sendiri yang menghalang mereka untuk bebas bergerak.

Dan ada juga yang sedang koma sekarang akibat daripada tindakan orang lain.

Setiap saat masa berlalu, ada sahaja yang menimpa masalah. Mungkin masalah yang kecil seperti tersalah letak kunci kereta atau masalah besar seperti anak baru sahaja disahkan menghidap kanser.

Anda mungkin juga menghadapi masalah yang sama.

Tetapi anda tahu, anda tahu bahawa anda mempunyai peluang untuk berjaya. Kerana anda sedar bahawa ada orang lain yang lebih malang daripada anda… tetapi berjaya.

Cuba lihat video di bawah.

Wanita di atas kehilangan sebelah kakinya. Beliau gemar untuk mengangkat berat. Apabila beliau hilang sebelah kakinya… adakah dia menangis-nangis, merintih-rintih kecelakaan yang menimpanya? Tidak, tidak sama sekali.

Beliau tahu, kalau dia membuat semua tu, itu hanya akan menjatuhkan dirinya, bukan membangun.

Setelah anda melihat video di atas, apa lagi alasan yang anda ada sekarang?

Buang semua alasan anda, capai impian anda.

Semoga kita semua berjaya.

- Mr B

February 4, 2012
by Abdul Rahman
0 comments

Asas Kajian Kata Kunci

Apabila anda ingin target sesuatu keyword supaya anda mendapat no. 1 (atau laman pertama) di dalam Google, anda biasa akan terfikir: adakah senang atau sukar untuk dapat tempat di laman keramat pertama itu.

Gambar dari LiewCF

Untuk membuat kajian kata kunci, anda perlu tahu dahulu apa pasaran anda. Sebagai contoh, laman web ini mensasarkan pasaran ‘pemasaran internet’ tempatan. Sebab itulah nama blog ini ialah Kelab Internet Marketing atau dengan nama lain, KelabIM. Jadi perkata pertama yang anda perlu kenal pasti dahulu ialah: pasaran anda.

“Perkara pertama yang anda perlu kenal pasti ialah pasaran yang anda mahu serbu dahulu sebelum membuat kajian kata kunci”

Jika anda tahu apa pasaran anda nak serang, anda boleh mengenal pasti apa kata kunci yang senang untuk diserang.

OK. Kita ambil satu contoh. Saya ingin membuat satu laman web mengenai WordPress di mana saya ingin mengajar orang ramai mengenai WordPress, plugins yang hebat mengenai WordPress dan apa potensi wordpress dalam membuat duit di Internet.

Jadi, saya akan pergi ke Google dan menaik ‘Adwords Keyword Tool’.

AdWords Keyword Tool in Google Malaysia

Kemudian saya taip sahaja pasaran yang saya nak sasarkan. Sebagai contoh, kebaya. Disebabkan pasaran saya di dalam Malaysia, saya akan pastikan locations kepada Malaysia dan languages kepada ‘All languages’,

(Ya, Google masih lagi tak letak Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang dikenalinya!)

Cari Keywords dalam AdWords

Tip: Jika anda mempunyai akaun AdWords, anda boleh melihat lebih daripada 100 keywords suggestion. Dan ini emas! Anda boleh mendapat akaun AdWords secara percuma. Daftar sahaja dan kalau anda tak perlu bayar sesen pun untuk unlock fungsi melihat keywords suggestions tanpa limit.

Keywords yang ada dalam AdWords

Seperti yang anda lihat di atas, pelbagai keyword berkenaan kebaya boleh dilihat di atas ini. Ini treasure hunt. Setiap satu ini mungkin boleh digunakan sebagai gateway kepada orang ramai untuk masuk ke laman web anda. Anda hanya perlu mempunyai ranking yang tinggi dalam keyword-keyword pilihan dan anda boleh melihat orang ramai masuk ke laman web anda!

(Anda boleh download keywords kebaya di akhir post ini)

Jadi, setelah anda dah buat kajian kasar mengenai pasaran anda, sekaranglah masanya untuk drill down kepada keywords yang anda lebih berpeluang besar untuk rank.

Pilihlah seberapa banyak keywords pun yang anda mahu — asalkan ianya berkait antara satu sama lain. Kalau ada benda yang pelik-pelik keluar di dalam Keywords Tool tersebut seperti grosir tanah abang (apa tu?), takkanlah anda nak ambil keyword tu! Ambil keyword berkaitan. Busana, nyonya kebaya, gambar baju muslimah, dan lain-lain.

Setelah anda dah catatkan semua tu, anda buat sekali lagi kajian. Sekarang buat satu demi satu.

Untuk kajian ini, anda perlukan satu lagi alat iaitu SEOQuake. Ianya percuma. Jika anda menggunakan Firefox, anda boleh pergi Add-ons for Firefox dan memuatturunnya. Kemudian restart Firefox. Buka balik, pergi Google untuk cari apa-apa, dan anda akan melihat Firefox anda memaparkan pelbagai data menarik untuk anda analisa.

Gambar Baju Muslimah dengan SEOQuake Turned On

Pergi balik ke senarai keywords atau kata kunci yang anda pilih itu. Sebagai contoh, anda ambil Gambar Baju Muslimah sebagai keyword untuk anda rank no. 1 di dalam Google. Anda search di dalam Google dan anda akan mendapat data seperti di atas.

Cuba fikir. Yang no. 1 di dalam Google hanya mempunyai 8 backlinks. Mampukah anda mencari 8 backlinks ke laman web anda?

Mungkin kalau ada 10 sahaja, anda sudah berada di tempat pertama di Google. Mudah? Yep. Amat-amat mudah. Pasaran tempatan masih lagi hijau. Tidak ramai pandai menggunakan teknik Search Engine Optimization (SEO) untuk mendapat rank yang tinggi.

Jika anda menggunakan teknik-teknik yang akan dikongsikan dari semasa ke semasa, insyaAllah, anda akan mendapat rank yang lebih tinggi dan laman web anda bolehlah dijual kepada orang di Flippa, Digital Point dan lain-lain pada harga yang tinggi.

Semoga berjaya mencari kata kunci!

P.S Klik sini untuk download keywords kebaya tu.