Adakah Anda Mempunyai Teknik Pemasaran Berkesan?

`Teknik pemasaran yang berkesan ialah perkara paling penting di dalam perniagaan. Tanpa teknik yang berkesan, tidak kira betapa hebatnya produk, tidak ramai orang akan mengetahui tentang kewujudan produk itu. Banyak produk di luar sana mati kerana tidak mempunyai teknik yang betul.

Jadi bagaimanakah untuk mengetahui sama ada sesuatu teknik itu berkesan ataupun tidak?

Mudah.

Dengan hanya melakukan percubaan demi percubaan.

teknik (téknik) 1. pengetahuan yg berkaitan dgn pembuatan barang-barang hasil industri (spt jentera, kenderaan, bangunan, dll): kita sekarang hidup dlm zaman ~ dan sains; 2. kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dll): ~ melukis sedikit sahaja diajar di sekolah rendah.

Pemasaran perihal atau perbuatan memasarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) penjualan hasil-hasil pertanian.

Kalau anda tahu teknik untuk memasarkan produk dengan baik, anda boleh mendapatkan jualan yang banyak. Dan apabila anda buat dengan betul, anda bukan sahaja satu atau dua langkah di hadapan pesaing anda, tetapi anda 50 langkah lebih jauh dari mereka! Yep, tak mustahil dan boleh berlaku kalau anda rajin berusaha.

OK. Jadi… kalau anda nak buat promo produk hebat-hebat, apa yang perlu anda buat?

Ikut trend. Sekarang trend ialah menggunakan Facebook. Jadi anda buat apa yang patut anda buat: guna Facebook untuk promo produk. Sebagai contoh anda boleh membuat fan page di dalam Facebook. Kemudian, anda boleh mengajak rakan-rakan anda untuk ‘like’ page tersebut.

Itu sahaja tidak cukup. Anda perlu melakukan kempen untuk memastikan lebih ramai orang like page anda. Mungkin anda boleh membuat info dalam bentuk gambar (infografik) supaya orang menyukai fan page anda. Ramai orang menggunakan teknik infografik dengan berkesan. Sekarang, anda juga ada satu laman web baru bernama Pinterest di mana anda boleh “pin” kan maklumat atau grafik yang anda suka di laman web tu (dan orang lain boleh tengok pin itu).

Cuba guna dan cuba buat networking di sana. Mungkin anda boleh berjaya di sana? ;)

Jika anda nampak fan page yang pelik-pelik tu, mereka berjaya kerana mereka menggunakan teknik ini! Tapi ingat, tidak semua peminat ialah pembeli jadi anda perlu pastikan infografik anda tidak terlalu jauh menyimpang daripada produk anda kerana kita mahu orang yang berminat dengan produk itu sahaja yang like. Orang yang takkan beli kalau like pun, takkan beli.

Itu salah satu teknik pemasaran yang berkesan. Anda boleh mengumpulkan teknik-teknik ini dalam satu strategi pemasaran yang hiper-efektif. Semoga kita jumpa lagi pada masa akan datang :)

1 Comment

Got Something To Say:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

best ! terang , jelas dan nyata .. terima kasih kerana sharing .

Copyright © 2014. Powered by WordPress & Romangie Theme.